

Among methods applied in this study were screenshot, text analysis and frequency analysis. The beauty products advertisements were from D'HERBS and Vida Beauty. To show these functions, two semantic domains of female beauty products for face and body were analyzed. Semantics domain contains a number of words that are collocated and these words have attribute functions. Semantics Domain, Verbs and Collocation in Women’s Beauty Product Advertisements

Kata kunci: domain semantik kata kerja kolokasi iklan produk kecantikan Pemilihan kata kerja yang menjadi sebahagian daripada informasi dalam iklan tidak dilakukan secara sewenang-wenangnya sebaliknya bertujuan memenuhi harapan dan jangkaan pengguna/pembeli (Boone & Kurtz, 1995). Sama ada kata kerja berkolokasi secara spesifik ataupun umum, isu yang penting dalam bahasa iklan adalah penggunaan kata kerja yang mampu mempengaruhi khalayak. Kata yang berkolokasi secara spesifik dengan kecantikan muka, antaranya mencerah/mencerahkan menganjal/menganjalkan, manakala kecantikan badan, mengurang, menurunkan/turun mengharumkan/mewangikan. Kata kerja yang berkolokasi secara spesifik merujuk pada hubungan langsung dengan domain yang dirujuk dan sebaliknya bagi umum. Dapatan analisis memperlihatkan terdapat dua sifat kata kerja, iaitu berkolokasi secara spesifik dan umum. Ini dilakukan kerana kerangka kerja Leech didapati kurang komprehensif bagi menjelaskan fungsi atribut kata kerja yang dianalisis dalam bahasa iklan. Analisis yang dilakukan mengaplikasikan kerangka kerja Leech (1966) dengan penambahan skop domain semantik, hubungan leksikal dan analisis frekuensi. Analisis ini mempunyai dua objektif, iaitu mengenal pasti kata kerja yang lazim dan membincangkan persamaan kata kerja yang lazim digunakan dalam kedua-dua domain. Data dikumpulkan dari iklan yang disiarkan dalam talian. Antara metod yang diaplikasi ialah syot layar, analisis teks dan analisis frekuensi. Produk kecantikan yang dianalisis merupakan iklan dari D’HERBS dan Vida Beauty. Bagi memperlihatkan fungsi ini dalam bahasa iklan, dua domain semantik produk kecantikan wanita bagi muka dan badan dianalisis kata kerjanya. Domain semantik mengandungi sejumlah kata-kata yang berkolokasi dalam medannya dan kata-kata ini mempunyai fungsi atribut.
